Who cast that first fateful tomato that started the La Tomatina revolution? The reality is no one knows. Maybe it was an anti-Franco rebellion, or a carnival that got out of hand. According to the most popular version of the story, during the 1945 festival of Los Gigantes (a giant paper mâché puppet parade), locals were looking to stage a brawl to get some attention. They happened upon a vegetable cart nearby and started hurling ripe tomatoes. Innocent onlookers got involved until the scene escalated into a massive melee of flying fruit. The instigators had to repay the tomato vendors, but that didn't stop the recurrence of more tomato fights—and the birth of a new tradition.
Fearful of an unruly escalation, authorities enacted, relaxed, and then reinstated a series of bans in the 1950s. In 1951, locals who defied the law were imprisoned until public outcry called for their release. The most famous effrontery to the tomato bans happened in 1957 when proponents held a mock tomato funeral complete with a coffin and procession. After 1957, the local government decided to roll with the punches, set a few rules in place, and embraced the wacky tradition.
Though the tomatoes take center stage, a week of festivities lead up to the final showdown. It's a celebration of Buñol's patron saints, the Virgin Mary and St. Louis Bertrand, with street parades, music, and fireworks in joyous Spanish fashion. To build up your strength for the impending brawl, an epic paella is served on the eve of the battle, showcasing an iconic Valencian dish of rice, seafood, saffron, and olive oil.
Today, this unfettered festival has some measure of order. Organizers have gone so far as to cultivate a special variety of unpalatable tomatoes just for the annual event. Festivities kick off around 10 a.m. when participants race to grab a ham fixed atop a greasy pole. Onlookers hose the scramblers with water while singing and dancing in the streets. When the church bell strikes noon, trucks packed with tomatoes roll into town, while chants of "To-ma-te, to-ma-te!" reach a crescendo.
Then, with the firing of a water cannon, the main event begins. That's the green light for crushing and launching tomatoes in all-out attacks against fellow participants. Long distance tomato lobbers, point-blank assassins, and medium range hook shots. Whatever your technique, by the time it's over, you will look (and feel) quite different. Nearly an hour later, tomato-soaked bombers are left to play in a sea of squishy street salsa with little left resembling a tomato to be found. A second cannon shot signals the end of the battle. | Siapa yang telah melemparkan buah tomato pertama yang menyebabkan tercetusnya revolusi La Tomatina? Secara realiti, tiada siapa yang tahu. Mungkin ia adalah pemberontakan anti-Franco, atau satu acara karnival yang tidak terkendali. Menurut versi cerita yang paling masyhur, sewaktu pesta Los Gigantes (perarakan patung kertas "mache" gergasi), penduduk tempatan sedang mencari peluang berpura-pura bergaduh untuk menarik sedikit perhatian. Mereka menjumpai sebuah kereta tolak sayur-sayuran berhampiran dan mula membaling tomato-tomato ranum. Para pemula tindakan itu telah membayar ganti rugi kepada penjual-penjual tomato terbabit, namun ia tidak menghentikan pengulangan pergaduhan tomato yang lebih banyak lagi - dan terlahirnya tradisi baru. Khuatir dengan perkembangan yang tidak terkawal, pihak berkuasa telah menggubal, menguatkuasakan, dan kemudian memperketatkan semula beberapa siri pengharaman dalam tahun 1950an. Pada tahun 1951, penduduk tempatan yang melanggar undang-undang ini telah dipenjarakan sehingga orang awam membantah memohon mereka dibebaskan. Bantahan termasyhur ke atas pengharaman tomato ini berlaku pada 1957 apabila para penyokong telah melaksanakan satu acara pengebumian tomato secara olok-olok siap dengan keranda dan perarakannya. Selepas 1957, pemerintah tempatan memutuskan untuk mengikut pilihan orang ramai, meletakkan beberapa peraturan, dan mengiktiraf tradisi aneh ini. Sungguhpun tomato adalah yang paling utama, pesta bermula seminggu sebelum acara kemuncak terakhir. Ia merupakan acara meraikan penaung orang-orang alim Bunol, Mariam dan St. Louis Bertrand, dengan perarakan jalanan, muzik dan pertunjukan bunga api yang disediakan menurut kemeriahan cara Sepanyol. Untuk memastikan kekuatan anda pada acara pergaduhan tomato yang bakal berlangsung, hidangan 'paella' disediakan pada malam sebelum acara, satu hidangan kaum Valencian terdiri daripada nasi, makanan laut, kunyit dan minyak zaitun. Pada hari ini, pesta yang masih berterusan ini telah mempunyai aturan tertentu. Para penganjur sehinggakan telah menyediakan sejenis tomato khas yang sedap semata-mata untuk acara ini. Pesta bermula sekitar jam 10 pagi apabila para peserta berlumba-lumba untuk merebut sekeping daging khinzir yang digantung di puncak galah yang licin. Para penonton pula akan menyemburkan air ke arah peserta-peserta ini, sambil menyanyi dan menari di jalanan. Apabila loceng gereja berbunyi menandakan masuknya tengah hari, trak-trak yang dipenuhi tomato akan masuk ke dalam bandar, sambil laungan "To-ma-te, to-ma-te!" semakin kuat bergema. Kemudian, dengan tembakan meriam air, acara utama pun bermula. Ia adalah lampu hijau untuk mula menghancurkan dan melempar tomato dalam serangan habis-habisan antara peserta. Pelempar tomato jarak jauh, jarak dekat, dan sederhana. Apa sahaja teknik lemparan anda, apabila acara telah berakhir, anda akan kelihatan (dan berasa) agak berlainan. Selepas hampir sejam, para 'pengebom' bersalut tomato akan dibiarkan bermain di laut jalanan yang dipenuhi tomato-tomato hancur, tanpa ada sedikit pun bentuk tomato asal ditemui. Tembakan meriam kedua menandakn berakhirnya 'peperangan'. |